27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pempengaruh direman 7 hari bantu siasatan kes rogol

    Shopee Sale

    Seorang pempengaruh media sosial berusia 23 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan merakam gambar pornografi seorang remaja perempuan bawah umur, bulan lepas.

    Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret di Kangar hari ini.

    Yusharifuddin berkata kejadian dipercayai berlaku pada 17 Jun selepas suspek didakwa membawa mangsa yang berusia 14 tahun 11 bulan ke sebuah rumah sewa di Kangar.

    MENARIK:  'PM, isteri pun boikot RUU kerajaan?' - Ka Siong soal Lip Eng

    “Suspek juga dipercayai merakam gambar mangsa semasa kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata mangsa dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar hari ini.

    Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah