26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin Warisan cadang sebat perasuah

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin Warisan mencadangkan Akta SPRM diperkukuh dengan menambah hukuman sebat sebagai bentuk hukuman tambahan.

    Penasihat undang-undang parti itu Chin Tek Ming berkata ini akan menjadikan Akta SPRM selaras dengan Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya - di mana sebat adalah hukuman bagi sesetengah jenayah.

    "Rasuah juga tidak kurang merosakkan. Ia menghakis kepercayaan orang ramai, menjejaskan tadbir urus, dan menyebabkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kepada ekonomi, institusi dan masa depan negara kita.

    "Walaupun hukuman sedia ada di bawah Akta SPRM, rasuah masih berleluasa dan berterusan. Jelas sekali, rangka kerja hukuman semasa tidak mencukupi untuk menghalang bakal pesalah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Badan Peguam mohon mahkamah arah AGC dakwa semula Zahid

    Pada masa ini Akta SPRM menetapkan denda dan hukuman penjara sehingga 20 tahun sebagai hukuman.

    Chin berkata seruan untuk menyebat golongan perasuah bukan mengenai kezaliman, sebaliknya keadilan berkadar.

    Dia berkata sebagai perbandingan, China menghukum perasuah melalui hukuman mati.

    Gesaannya dibuat di tengah-tengah skandal rasuah yang berterusan di Sabah, di mana beberapa Adun dirakan dalam video yang didakwa membincangkan rasuah yang mereka ambil.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata sekurang-kurangnya dua orang akan didakwa tidak lama lagi, dengan kemungkinan lebih banyak pendakwaan pada masa akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah