28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Lagi Nyanyi ‘Casablanca’ Bersama, Nuha Bahrin Nafi Status Naufal Azrin Jadi Punca

    Shopee Sale

    Penyanyi Nuha Bahrin tampil menjelaskan sebab dia dan rakan duet iaitu Naufal Azrin dilihat jarang melakukan persembahan bersama.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Anda Pendek, Saya Faham Perasaan Itu’ – Nuha Bahrin Tak Kecil Hati Faktor Ketinggian Jadi Bahan Gurauan Netizen

    Artikel Berkaitan: Nuha Bahrin Sedang Kenal Hati Budi Seorang Jejaka, Belum Sedia Dedah Identiti ‘Y’ – ‘Kami Kenal Masa Buat Muzik Video’

    Penjelasan Nuha

    Ketika ditemui , Nuha atau nama penuhnya Nuha Sakina Saiful Bahrin, 26, menafikan dakwaan bahawa dia tidak lagi menyanyikan lagu Casablanca bersama Naufal kerana penyanyi itu kini bergelar suami orang.

    Menurut Nuha, hubungan mereka kekal baik seperti dahulu, malah dia turut mengenali isteri kepada Naufal.

    Kami masih berkawan sejak dari merakamkan lagu Casablanca lagi. Malah saya pun turut berkawan dengan isterinya. Isteri Naufal sangat manis orangnya.

    Kami tak bergaduh dan memang menjaga batas dari dulu. Kami pun hanya rakan sekerja sahaja, tak lebih daripada kawan.

    Dari dahulu saya kenal keluarga dia dan dia juga mengenali keluarga saya. Jadi hubungan kami pun seperti keluarga juga.

    Nuha berkata demikian ketika ditemui ketika menjayakan konsert Bintang Uni-verse 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Ahad. 

    MENARIK:  Isteri Baim Wong Ubah Penampilan, Kini Tampil Berhijab – ‘Aku Takut Mati’

    Dalam pada itu, Nuha turut menjelaskan bahawa dia dan Naufal kini berada dibawah naungan syarikat rakaman yang berbeza.

    Justeru, perkara tersebut menyebabkan mereka tidak dapat sepentas untuk mempersembahkan lagu yang pernah menjadi fenomena itu.

    Mungkin sebab kami berdua berada di bawah label rakaman yang berbeza, jadi sukar untuk menyanyikan lagu itu bersama-sama.

    Saya dan Naufal kini sering menyanyikan lagu ini secara solo. Bagaimanapun, saya tetap bangga dengan dia dan mendoakan yang terbaik.

    Harapnya selepas ini dapat bekerjasama lagi dengan Naufal dan saya terbuka untuk menerima peluang seperti itu.

    The post Tak Lagi Nyanyi ‘Casablanca’ Bersama, Nuha Bahrin Nafi Status Naufal Azrin Jadi Punca first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah