Personaliti media sosial, Fatin Nabila dan suami, selamat mendirikan rumah tangga mereka pada Ahad dalam sebuah majlis yang sederhana namun penuh indah.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Lafaz Perceraian Pada Malam 1 Januari 2025’ – Fatin Nabila
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tolong Jangan Tinggal’ – Fatin Nabila Perjelas Kebaikan Doa Iftitah Dalam Solat
Perkenalan Fatin dan suami
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nabila Ahmad Zainuddin, mendedahkan dia dan suami mula berkenalan di media sosial.
Sebenarnya saya kenal dia dalam Instagram, kemudian kami berbual di situ.
Alhamdulillah Allah izinkan.
Menurut Fatin, selepas dilamar oleh suami, mereka kemudian mengikat tali pertunangan selepas sambutan Syawal tahun ini.
Kami kenal bulan September dan semasa Januari lalu dia melamar.
Selepas raya kami bertunang dan Alhamdulillah.
Doa Fatin
View this post on Instagram
Menjengah ke akaun Instagram miliknya, Fatin meluahkan rasa syukur apabila doa yang dipanjatkannya di Tanah Suci telah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Antara doa ketika saya cium batu Hajarul Aswad September tahun lepas dimakbulkan Allah SWT. Allah Maha Baik dalam setiap perancangannya.
Semoga Allah berkati perkahwinan ini dan beri kebaikan dunia dan akhirat.
Saya gembira untuk mengatakan bahawa awak adalah pemimpin yang membimbing hidup saya, mencurahkan kasih sayang kepada saya dan sentiasa berusaha memperbaiki kehidupan kita berlandaskan agama.
Semoga Allah reda.
Tambah Fatin, dia percaya bahawa doa ke hadrat Allah SWT adalah antara kunci utama untuk memperoleh kebahagiaan.
Pengajaran besar perkahwinan ini, Wallahi, jangan berhenti berdoa. Berdoalah sungguh-sungguh walaupun apa yang diminta nampak seperti mustahil.
Tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT.
Sebelum ini, pada malam 1 Januari 2025, Fatin memaklumkan bahawa dia telah menerima lafaz cerai daripada bekas suami.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Fatin Nabila Kembali Bergelar Isteri, Kongsi Detik Awal Pengenalan – ‘Doa Saya Di Hajarul Aswad Dimakbulkan’ first appeared on OHBULAN!.



Hari ini bukan sekadar tentang kecantikan, tetapi tentang sebuah permulaan yang penuh keberkatan. 

