27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Durex® 001 Kini Di Malaysia: Definisi Baharu Keselesaan Mutlak Dan Perlindungan Yang Diyakini

    Shopee Sale

    Dalam sesebuah hubungan, keselesaan dan keyakinan adalah kunci utama untuk menikmati setiap detik intim bersama pasangan dengan lebih tenang. Selain komunikasi dan kepercayaan, pemilihan produk perlindungan yang tepat juga memainkan peranan penting dalam memastikan pengalaman yang lancar tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

    Menyedari keperluan pengguna moden yang mementingkan kualiti dan inovasi, Durex® secara rasminya memperkenalkan Durex® 001 di pasaran Malaysia. Produk terbaharu ini direka khas untuk memberikan sensasi yang lebih semula jadi, keselesaan maksimum, serta perlindungan yang utuh.

    Hanya setebal 25 Mikron: Alami sensasi kulit ke kulit

    Tarikan utama Durex® 001 terletak pada penggunaan teknologi Durex® Polyurethane (PU), menjadikannya kondom paling nipis pernah dihasilkan oleh jenama ikonik ini.

    • Sensasi Semula Jadi: Dengan ketebalan ultra-nipis hanya 25 mikron, material poliuretana gred perubatan ini direka untuk meningkatkan kepekaan dan memindahkan haba badan dengan lebih baik. Hasilnya? Sensasi yang lebih intim dan dekat.
    • 3x Lebih Kuat: Walaupun tampil sangat nipis, material PU ini terbukti tiga kali lebih kuat berbanding lateks biasa. Anda boleh menikmati detik intim dengan tenang tanpa perlu risau tentang aspek keselamatan.
    • 100% Bebas Lateks: Ini adalah berita baik untuk individu yang mempunyai kulit sensitif atau alahan terhadap getah lateks (latex allergy).

    Inovasi pintar untuk pengalaman yang lebih lancar

    Durex® 001 bukan sekadar tentang ketipisan, ia turut dilengkapi dengan inovasi reka bentuk yang memudahkan penggunaan dari awal hingga akhir:

    1. Teknologi DUALUBE®

    Formulasi ini menawarkan tiga kali lebih banyak pelinciran berbanding produk standard. Ia memastikan setiap pergerakan terasa lancar, mengurangkan geseran, dan meminimalkan sebarang gangguan.

    MENARIK:  Adakah Raya Masih Sama?- Video Ini Kongsi Pengalaman Menantu Beraya Dengan Mertua Untuk Kali Pertama!

    2. Pembungkusan Easy-Open Butter Dish

    Tiada lagi momen kekok. Reka bentuk pek berbentuk mangkuk mentega (butter dish) ini sangat mudah dibuka, manakala ciri unroll yang tiga kali lebih pantas menjadikan proses penggunaan lebih praktikal dan intuitif.

    “Dengan Durex® 001, fokus kami adalah untuk menghasilkan produk yang terasa lebih dekat, lancar, dan semula jadi,” kata Zoe Teo, Pengurus Jenama Durex®.

    “Daripada reka bentuk paling nipis sehinggalah kepada pelinciran yang dipertingkatkan dan sistem unroll yang pantas, setiap perincian direka untuk membantu pasangan kekal fokus kepada detik bermakna bersama.”

    Reka bentuk premium, kualiti antarabangsa

    Bukan sahaja unggul dari segi prestasi, Durex® 001 turut tampil dengan reka bentuk kotak rona hitam dan emas yang elegen sesuai dengan imej premium yang Durex® ketengahkan.

    Dari segi keselamatan, pengguna tidak perlu ragu-ragu. Setiap unit Durex® 001 telah menjalani ujian elektronik yang ketat bagi memastikan ia memenuhi standard keselamatan global yang menjadi identiti Durex® selama ini.

    Durex® 001 kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga berikut:

    • Pek 2 unit: RM39.90
    • Pek 6 unit: RM99.90

    Korang boleh dapatkan Durex® 001 secara atas talian atau luar talian di platform berikut:

    Pembelian fizikal (Store) Pembelian online
    • Watsons Malaysia
    • Guardian Malaysia
    • CARiNG Pharmacy
    • Shopee Malaysia
    • Durex Malaysia TikTok Shop
    • Lazada Malaysia

    Apa yang pasti, kehadiran Durex® 001 menawarkan solusi premium buat mereka yang enggan berkompromi antara keselesaan, inovasi, dan perlindungan.

    The post Durex® 001 Kini Di Malaysia: Definisi Baharu Keselesaan Mutlak Dan Perlindungan Yang Diyakini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah