33.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Disifatkan Pelakon Kedua Kacak Oleh M. Nasir, Ini Respon Aliff Aziz 

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz memberikan respon selepas maestro muzik terkenal, Datuk M. Nasir menyifatkannya sebagai seorang aktor yang tampan sekali gus dipilih sebagai teraju utama teater arahannya, Mansur & Liu.

    Artikel Berkaitan: M.Nasir Yakin Aliff Aziz Miliki Kriteria Lengkap Jayakan Teater ‘Mansur & Liu’ – ‘Dia Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia’

    Respon Aliff

    Ketika ditemui , Aliff atau nama lengkapnya Mohamad Aliff Aziz, 35, menganggap kenyataan tersebut sebagai gurauan semata-mata.

    Tidaklah, saya rasa Datuk hanya bercanda dan bergurau sahaja.

    Tapi untuk saya, saya mahu fokuskan bagaimana untuk hidupkan watak ini. Ia tidak semestinya tentang apa yang watak itu ada atau bagaimana rupa dan sebagainya.

    Menurut Aliff, dia percaya bahawa pemilihannya itu telah dilakukan secara terperinci oleh M. Nasir serta pihak produksi teater selepas dia dan pelakon-pelakon lain menjalani proses uji bakat.

    Selain itu, Aliff juga meluahkan rasa syukur atas rezeki tersebut dan menghargai peluang yang diberikan kepadanya untuk meluaskan lagi bakat sebagai anak seni.

    Jadi pada pendapat saya, di mata Datuk dan Datin Marlia Musa mungkin saya mempunyai rupa yang mereka inginkan untuk watak Sultan Mansur di dalam lensa mereka.

    Jadi ia bermula dari situ dan sudah semestinya kami perlu menjalani uji bakat untuk nyanyian, lakonan dan pergerakan. Saya tak tahu bagaimana nak jelaskan tetapi saya rasa ini adalah rezeki.

    Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Datuk M. Nasir dan juga Datin Marlia kerana memberikan saya kepercayaan untuk memainkan watak utama di dalam pementasan muzikal Mansur & Liu ini.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater tersebut yang berlangsung di Istana Budaya pada Jumaat.

    MENARIK:  Haramkah Mengambil Upah untuk Menukar Duit Raya? Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus

    Kali pertama bekerja di bawah arahan figura hebat itu, aktor berasal dari Kota Singa tersebut mengakui gementar namun berasa beruntung kerana berpeluang mempelajari pelbagai perkara baharu darinya.

    Saya memang starstruck dan berdebar juga pada awalnya. Tetapi Datuk ialah seorang yang sangat kurang bercakap. Tetapi apabila dia berkata-kata, kita akan terfikir “Oh macam ini rupanya.’

    Dia ialah seorang yang tidak lokek dengan ilmu, apa sahaja yang kita nak tanya, dia akan berikan pencerahan. 

    Kadang-kadang bila kita tengah buat latihan itu, kita tengok dia nampak dia tutup mata menghayati.

    Selain Aliff, teater muzikal Hikayat Mansur & Liu turut dibintangi Sherry Alhadad, Melinda Dadew, Amerul Affendi, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot serta barisan pelakon lain.

    Pementasan Hikayat Mansur & Liu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 20 September depan.

    The post [VIDEO] Disifatkan Pelakon Kedua Kacak Oleh M. Nasir, Ini Respon Aliff Aziz  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah