27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembunuhan Ismail: Dunia gagal tegakkan keadilan, kata Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin Hamas bagi menyampaikan takziah atas pembunuhan pemimpin kumpulan bersenjata Palestin Ismail Haniyeh di Iran, hari ini.

    Dalam perbualan kira-kira lima minit itu, Anwar memberitahu anggota biro politik Hamas Basem Naim bahawa seluruh menteri Malaysia terkejut dengan pemergian Ismail.

    “Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara ini, tetapi kami berada dalam mesyuarat Kabinet (ketika terima berita kematian Ismail ).

    “ dan seluruh ahli Kabinet terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang bertindak menyerang di kediaman, menyiksa mereka, dan menganggap peranang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara sedemikian. 

    Video perbualan telefon itu dikongsi di media sosial Anwar petang ini.

    Ismail Haniyeh

    Semenara itu, Anwar juga berkata Malaysia sangat marah kerana masyarakat antarabangsa telah gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak.

    MENARIK:  Israel serang Iran

    Anwar juga berkata Ismail memperjuangkan perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin. 

    “Jelas ada unsur sabotaj. Mereka tidak mahu perjanjian damai ini berjaya,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah