24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembelian aset pertahanan terpakai amalan biasa – menteri

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin hari ini berkata pembelian aset terpakai dari negara lain adalah amalan biasa dalam sektor pertahanan dan bukan sesuatu yang luar biasa mahupun merugikan.

    Khaled dalam ucapan penggulungannya pada akhir perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 menjawab ahli parlimen yang mempersoalkan rancangan Kementerian Pertahanan untuk membeli jet pejuang F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait.

    “Secara umumnya F-18 Hornet berada dalam keadaan sangat baik iaitu berada pada 90 peratus tahap kebolehkhidmatan.

    "Malah pengoperasian ialah 90 peratus bersamaan Hornet TUDM, bermakna boleh operasikannya tanpa latihan tambahan dengan konfigurasi minimum dan kita juga boleh menggunakan pesawat ini sehingga tahun 2035," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, di Dewan Rakyat, hari ini.

    Dia menegaskan bahawa negara lain, termasuk Indonesia dan Thailand, juga sebelum ini telah memperoleh aset terpakai, seperti pesawat dan kenderaan tempur, daripada negara asing.

    Dia menjelaskan, secara asasnya, perolehan itu berfungsi sebagai “gap filler” (langkah sementara sebelum memperoleh pesawat baru) untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Pada masa yang sama, Mohamed Khaled menyatakan bahawa dengan pendekatan ini, Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan aset berbanding proses pemerolehan baru, yang boleh mengambil masa sehingga 10 tahun.

    MENARIK:  Saifuddin takkan terkalih dengan 'serangan' Surendran, Latheefa

    Tambahnya, mendapatkan jet pejuang F-18 Hornet adalah lebih menjimatkan kos kerana pakej itu termasuk alat ganti yang serasi.

    “Kita akan menggunakan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan kelulusan kerajaan di sana dalam perolehan aset ini.

    "Ini kerana dalam seoal perolehan ini, kita perlu mendapatkan persetujuan daripada negara pengeluarnya iaitu AS," katanya.

    Awal minggu ini, Khaled dilaporkan telah bertemu dengan Duta Kuwait ke Malaysia, Rashed M R Al-Saleh, untuk perbincangan susulan mengenai minat Malaysia untuk memperoleh jet pejuang daripada Tentera Udara Kuwait (KAF).

    Sebelum ini, Dr Zulkafperi Hanapi (Bebas-Tanjong Karang) dalam perbahasannya mengenai Rang Undang-undang Perbekalan berkata pesawat pejuang F/A-18 Hornet terpakai tidak akan dapat menandingi jet tercanggih negara jiran Singapura.

    Awal tahun ini, Singapura dilaporkan menjadi salah satu daripada empat negara di rantau Indo-Pasifik yang memperoleh F-35, bersama dengan Australia, Jepun dan Korea Selatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah