26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mangsa banjir Kedah menurun 7,252 orang setakat 4 petang

    Shopee Sale

    Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 7,252 orang setakat 4 petang ini berbanding 7,958 orang pagi tadi.

    Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa daripada 2,418 keluarga itu kini ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas.

    Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,984 orang, diikuti Pendang (1,604), Kubang Pasu (579) dan Pokok Sena sebanyak 85 orang.

    Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar masih berada pada paras bahaya.

    Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang setakat 4 petang ini, dengan kesemua mereka masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian.

    MENARIK:  PAS Selangor gerakkan 'agenda besar' daftar pengundi Melayu

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di kesemua daerah di Perak pada malam ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah