29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu bas ekspres rentung di lebuh raya

    Shopee Sale

    Seorang pemandu bas ekspres maut selepas bas yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 75.2 Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun dekat Sungai Petani awal pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.02 pagi tadi sebelum tiba di lokasi 17 minit kemudian.

    Kata Mohd Fauzi, lelaki berusia 42 tahun itu tersepit di tempat duduk dan ditemukan dalam keadaan rentung.

    "Lima mangsa (penumpang bas) termasuk pembantu pemandu bas, masing-masing berusia lingkungan 19 hingga 57 tahun dan seorang pemandu lori berusia 32 tahun, terselamat.

    "Seorang penumpang perempuan berusia 29 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Pensyarah didakwa hina Nabi: Menteri nasihat hati-hati ceramah

    Mohd Fauzi berkata api berjaya dikawal pada jam 4.37 pagi manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pendang untuk rawatan lanjut.

    "Operasi membabitkan seramai 18 pegawai serta anggota dan turut dibantu BBP Amanjaya dan BBP Pendang, serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela Gurun," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah