25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemain warisan: Kerajaan tunggu laporan j’kuasa bebas sebelum bertindak

    Shopee Sale

    Kerajaan sekali lagi menyatakan bahawa ia akan menunggu sehingga siasatan bebas yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif selesai, sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut berhubung isu pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

    Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Kabinet telah mengadakan beberapa perbincangan mengenai isu tersebut dan ia selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.

    “Saya 100 peratus bersetuju dengan apa yang Perdana Menteri katakan, biarkan siasatan itu diselesaikan terlebih dahulu dan sebaik sahaja Raus menyelesaikan siasatan, saya akan meneliti laporan itu dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan laporan tersebut.

    “Kami pihak berkepentingan yang melaburkan dana dalam bola sepak Malaysia, jadi sudah tentu kami mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana kami boleh mengelakkan perkara ini daripada berulang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-100 Persatuan Badminton Pulau Pinang, di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Lepas semalam.

    MENARIK:  PAC syorkan KDN tandatangan kontrak FWCMS

    Pada 21 Nov, Anwar menegaskan bahawa tiada sebarang usaha untuk menutup skandal melibatkan pendaftaran tujuh pemain warisan oleh FAM, sambil menyifatkannya sebagai isu besar yang mesti ditangani melalui prosedur yang betul.

    FAM telah melantik Raus sebagai pengerusi jawatankuasa bebas untuk menyiasat isu dokumentasi melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, yang dikenakan tindakan oleh badan induk bola sepak dunia, Fifa.

    Pada 3 Nov, Jawatankuasa Rayuan Fifa mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk tersebut terhadap FAM dan tujuh pemain warisan itu atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen, di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib Fifa.

    Sehubungan itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 (sekitar RM11,000). Tujuh pemain tersebut turut digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah