25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemain bola sepak bawa kerambit juga suspek kes molotov cocktail

    Shopee Sale

    Polis mengenal pasti seorang pemain bola sepak amatur yang ditahan pada 8 Ogos lepas kerana membawa kerambit ke padang bola merupakan suspek kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara Mei lalu.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata berdasarkan siasatan polis yakin lelaki berusia 22 tahun itu adalah orang dikehendaki berhubung kes berkenaan.

    Katanya pemain bola sepak itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958, Seksyen 336 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana membawa kerambit dan membaling bom petrol.

    “Polis mengenal pasti pemain bola sepak terbabit sebagai suspek kes molotov cocktail berdasarkan siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pengecaman,” katanya dalam sidang media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Presiden 'termiskin' Jose Mujica meninggal dunia

    Lelaki terbabit dikesan membawa kerambit ke padang ketika berlaku perselisihan faham dalam perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA pada 4 Ogos alu.

    Gambar kejadian berkenaan kemudian tular di media sosial.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah