26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelakon terlibat amang seksual dituduh 17 Jun ini

    Shopee Sale

    Seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Selasa depan (17 Jun).

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata arahan tuduh ke atas suspek itu telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor semalam.

    “Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

    MENARIK:  Bekas timbalan speaker DUN Kedah ditemukan lemas di sungai

    “Polis Diraja Malaysia komited dalam memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa, serta menjamin ketelusan proses perundangan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

    Pada 4 Jun lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di negeri ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah