32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekerja kedai ais krim gagalkan cubaan samun cedera ditoreh

    Shopee Sale

    Tindakan berani seorang pekerja wanita berjaya menggagalkan cubaan samun di kedai ais krim di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam.

    Tindakan nekad itu menyebabkan wanita berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditoreh menggunakan pisau pemotong kertas.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, mangsa sedang bekerja seorang diri sebelum didatangi suspek yang memakai pelitup muka bersenjatakan pisau pemotong kertas dan berlaku pergelutan.

    "Mangsa dirawat di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang pada 1 pagi tadi. Berdasarkan makluman diterima setakat ini tiada sebarang kerugian dialami mangsa dan pihak syarikat tempat dia bekerja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

    Mohd Iqbal berkata berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihaknya berjaya mengenal pasti wajah suspek dan usaha memburu sedang giat dijalankan.

    MENARIK:  PSM belum ada mandat sertai gabungan longgar pembangkang

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat. 

    Sebelum ini, tular di laman sosial klip video berdurasi 2 minit 36 saat yang memaparkan pergelutan di antara wanita dan seorang suspek lelaki yang cuba untuk menyamun kedai ais krim berkenaan. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah