29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pejabat Islam Tapah larang orang Melayu sertai joget lambak Orang Asli

    Shopee Sale

    Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah melarang orang Melayu menyertai acara joget lambak yang dianjurkan kampung Orang Asli Batang Padang, Perak.

    Menurut surat bertarikh 5 Okt yang ditujukan kepada tok batin dan ketua-ketua kampung, pejabat itu berkata terdapat perbuatan menyembah berhala, minum arak dan pergaulan bebas ketika acara itu berlangsung.

    Surat itu menjelaskan perbuatan menyembah berhala dan menyembah nenek moyang orang yang telah meninggal dunia adalah bertentangan dengan akidah umat Islam.

    “Sebelum memulakan majlis, Orang Asli akan mengamalkan sembah berhala, menyembah nenek moyang (orang yang sudah meninggal) untuk meminta izin supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar.

    “Perbuatan tersebut boleh ditahan di bawah kesalahan perbuatan atau perkataan murtad Seksyen 13 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992.

    Malaysiakini telah mengesahkan dengan pejabat berkenan bahawa surat itu, yang disiarkan di laman X, adalah sahih.

    Minuman keras dan seks

    Selain perbuatan yang bertentangan dengan akidah, surat itu juga menyatakan ada perniagaan berunsur tidak halal dan haram terutamanya jualan arak pada acara joget lambak itu.

    Menurutnya, berlaku juga perbuatan tidak sopan seperti berpegangan tangan, serta berpelukan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

    MENARIK:  Anwar: Saya tak masuk campur kes Najib

    "Perbuatan tersebut boleh ditahan di bawah kesalahan perbuatan tak sopan Seksyen 57 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992.

    "Selepas majlis tersebut berkemungkinan berlakunya persetubuhan haram atau khalwat antara lelaki dan perempuan. Perbuatan tersebut boleh ditahan di bawah kesalahan Persetubuhan haram Seksyen 48 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 dan Seksyen 54 di bawah kesalahan khalwat Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992,” jelasnya.

    Surat itu diakhiri dengan meminta tok batin dan ketua kampung di daerah batang Padang menghalang orang Melayu mengunjungi acara joget lambak di kampung Orang Asli di daerah berkenaan.

    Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak dan aktivis Orang Asli untuk mendapatkan maklum balas mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah