26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Masters Indonesia

    Shopee Sale

    Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan tidak berdepan masalah menjinakkan wakil Taiwan, Jheng Yu Chieh-Hu Ling Fang  dalam kejuaraan Masters Indonesia di Jakarta hari ini.

    Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.

    Pearly-Thinaah dijadual bertemu pemenang dalam satu lagi aksi pusingan kedua hari ini yang melibatkan beregu Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto menentang pasangan Taiwan, Yin Hui Hsu-Jhih Yun Lin, bagi memburu tiket ke separuh akhir.

    Sementara itu, beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun meloloskan diri ke pusingan 16 terbaik selepas menumbangkan pasangan adik-beradik dari Taiwan, Fang Chih Lee-Fang Jen Lee,23-21, 21-13.

    MENARIK:  PAS dakwa pembangkang dilarang hantar kek Hari Guru

    Wei Chong-Kai Wun bakal bertemu sama ada beregu 'otai' tuan rumah Mohd Ahsan-Hendra Setiawan atau rakan senegara Wan Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King, yang akan turun pada aksi yang dijadualkan berlangsung lewat petang ini.

    Turut mara adalah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang menewaskan Lu Ming Che-Tang Kai Wei dari Taiwan, 21-16, 21-16, sekali gus bakal membuat perhitungan menentang pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho, yang menumbangkan wakil tuan rumah, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-19, 21-19.

    Bagi aksi beregu campuran, Malaysia mempunyai tiga wakil di pentas suku akhir selepas Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai, dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin berjaya menewaskan lawan masing-masing..

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah