24.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasukan petugas khas siasat kes remaja maut renjatan elektrik dalam bas ekspres

    Shopee Sale

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden renjatan elektrik yang mengakibatkan kematian seorang remaja di Pulau Pinang.

    Dia juga berkata operasi bas terbabit telah dihentikan bagi memudahkan siasatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Semalam, polis berkata Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di dalam bas.

    MENARIK:  ULASAN | FAM lwn Fifa – Siapa yang betul-betul ada kes kukuh?

    “Hasil pemeriksaan polis terhadap tubuh mangsa di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan melecur di jari kirinya disyaki akibat renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit berpandukan keadaan penghujung kabel cair serta perananti terbabit turut berada dalam keadaan panas,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Anuar Abd Rahman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah