33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan kekasih disyaki buang bayi direman 3 hari

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret Kemaman hari ini membenarkan polis menahan reman seorang wanita yang disyaki membuang bayi berusia seminggu di sebuah kedai menjual ayam di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, pada Sabtu lepas.

    Perintah reman selama tiga hari itu dikeluarkan majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Hospital Kemaman.

    Suspek yang berusia 21 tahun kini dirawat di wad bersalin hospital berkenaan.

    Sharifah Amirda Shasha juga membenarkan reman untuk tempoh sama terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai kekasih wanita terbabit.

    Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Jabur Kubur dan pekan Chukai antara 11 pagi hingga 3 petang semalam.

    Sabtu lalu seorang bayi lelaki yang sudah tertanggal tali pusat dijumpai di atas lantai sebuah kedai menjual ayam.

    Bayi malang itu ditinggalkan dengan hanya beralaskan baju dan dalam keadaan menggigil kesejukan.

    MENARIK:  PAS mahu Muhyiddin bincang sebelum umum sebarang 'keputusan PN'

    Dia ditemui seorang pemandu lori ayam kira-kira jam 7.30 pagi.

    Bayi cukup sifat seberat tiga kilogram itu dilahirkan pada 12 Mei lepas di rumah suspek lelaki terbabit di Jabur Kubur sebelum ditinggalkan di kedai terbabit pada 18 Mei.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah