26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS pula tuntut k'jaan batal kerjasama dengan GIP

    Shopee Sale

    PAS menegaskan adalah tercela dan tidak bermaruah sekiranya kerajaan masih meneruskan cadangan usahasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan syarikat BlackRock susulan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

    Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkata Putrajaya harus segera menghentikan sebarang bentuk kerjasama dengan entiti yang mempunyai kaitan dengan Blackrock.

    Katanya syarikat itu secara jelas terlibat dalam pembiayaan dan persenjataan kepada rejim haram Zionis Israel bagi melakukan pembunuhan, genosid dan jenayah peranang yang terkutuk terhadap penduduk Palestin.

    "Pemergian Ismail Haniyeh adalah suatu kehilangan besar terhadap umat Islam seluruhnya, namun ia tidak sesekali akan mematahkan semangat juang para pencinta bumi al-Quds untuk sepanjang zaman.

    "PAS menyeru kerajaan segera mengambil langkah diplomatik ke arah kemerdekaan sebuah negara Palestin yang berdaulat, di samping memberikan tekanan antarabangsa untuk menghalang Israel daripada meneruskan kekejaman dan jenayah peranang terhadap rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim turut menggesa kerajaan membatalkan penjualan majoriti saham MAHB kepada Global Infracture Partners (GIP) yang bakal dikuasai oleh BlackRock.

    Wakil rakyat PKR itu juga turut menegaskan bahawa Malaysia perlu menghentikan sebarang bentuk kerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan entiti yang berkait rapat dengan rejim Zionis.

    MENARIK:  Saksi: Anwar tidak pernah keluar kenyataan kerajaan Malaysia pro-Israel

    Takiyuddin juga memaklumkan PAS akan menghantar tiga wakilnya bagi memberikan penghormatan terakhir dan menyertai pengebumian jenazah Ismail yang dijadualkan berlangsung di Doha, Qatar, esok.

    Wakil tersebut, katanya, terdiri daripada Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, dan Ahli parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

    "Bagi menzahirkan solidariti dan dukungan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin, PAS dengan ini mengesahkan akan menghantar wakil rasmi bagi memberikan penghormatan terakhir dan menyertai upacara pengebumian jenazah Ismail Haniyeh," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah