26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saksi: Anwar tidak pernah keluar kenyataan kerajaan Malaysia pro-Israel

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia pro kepada Israel, sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

    Bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar Datuk Zahairi Baharim memaklumkan perkara itu merujuk kepada penyata rasmi Dewan Rakyat (Hansard) bertarikh 16 Okt 2023, iaitu penerangan daripada Anwar menyatakan ketegasan kerajaan Malaysia terhadap kezaliman, penindasan dan pemerasan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

    “Isu Palestin dikendalikan oleh Kementerian Luar dan kementerian berkenaan akan menyediakan jawapan bersama pasukan dan diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri.

    “Kami di Kementerian Luar diminta untuk memberikan penerangan berkenaan situasi di Gaza di Pejabat Perdana Menteri pada 9 pagi sebelum Perdana Menteri pergi ke Parlimen dan saya hadir semasa penerangan itu,” katanya yang kini memegang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, pada perbicaraan kes Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

    MENARIK:  Rafizi perjelas kenapa dia 'banyak membisu' dalam kabinet

    Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut bahawa kerajaan pro kepada Israel dan barat di laman Facebook Halid Hamidi (Halid Mat Kool), dan ia dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 1 tengah hari 8 Nov 2023.

    Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Perbicaraan bersambung 18 Okt.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah