29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS Kelantan: Tiada ahli parti terbabit GISBH, Al-Arqam

    Shopee Sale

    Tiada ahli PAS Kelantan terlibat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atau Al-Arqam, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

    Mohamed Fadzli yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PAS dan Al-Arqam merupakan dua entiti yang berbeza.

    "Ya, saya mengesahkan tiada ahli PAS yang terlibat dengan kedua-dua kumpulan," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

    Mohamed Fadzli berkata kerajaan menyerahkan semua perkara berkaitan GISBH kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan perlu diambil jika terbukti ia melanggar peraturan daripada sudut agama.

    "Buat masa ini, kita serah kepada polis, MAIK (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) dan JHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan)," katanya.

    Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ditemui pada istiadat itu berkata tiada keperluan untuk mewujudkan fatwa baharu berkaitan GISBH kecuali terdapat elemen lain yang ditemui pihak berkuasa.

    MENARIK:  Umno mahu saya bankrap, kata Jailani

    Beliau berkata fatwa mengenai ajaran sesat yang digunakan semasa mengisytiharkan Al-Arqam sebagai sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 masih lagi relevan untuk diguna pakai jika terbukti perkara yang sama berlaku dalam GISBH.

    PDRM melancarkan Op Global pada 11 Sept lepas dengan menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH susulan dakwaan penglibatan dalam aktiviti eksploitasi kanak-kanak dan penyalahgunaan agama.

    Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa berjaya diselamatkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah