PAS hari ini menyelar kumpulan antara agama bukan Islam yang membantah cadangan menempatkan pegawai agama Islam di semua jabatan kerajaan.
Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, bantahan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) itu jelas menunjukkan sikap Islamofobia mereka.
“PAS mendapati pendirian MCCBCHST mempunyai kesan yang serius, malah merupakan cabaran terhadap hak orang Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan bebas, hubungan baik dan keharmonian dalam masyarakat, serta menimbulkan persoalan berkenaan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[Berita penuh menyusul]





