29 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS bidas DAP: Lawan pemaju rampas hak rakyat bukan bodoh

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari membidas Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng kerana mendakwa parti Islam itu cuba memperbodohkan rakyat berhubung cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA).

    Katanya, kenyataan pemimpin DAP itu bukan sahaja dangkal, tetapi juga menunjukkan betapa ceteknya pemahaman mereka terhadap implikasi sebenar akta itu kepada rakyat biasa.

    "Menentang akta yang memberi kuasa kepada kerajaan dan pemaju untuk merampas hak rakyat bukanlah kebodohan, tetapi satu tanggungjawab untuk memastikan keadilan tidak diinjak oleh kepentingan golongan berkepentingan.

    “Betapa canggihnya strategi kerajaan hari ini. Berikan satu nama yang kelihatan progresif – "Akta Pembaharuan Semula Bandar" (URA) – dan serta-merta sesiapa yang menentangnya akan dilabel sebagai jumud, anti-pembangunan, dan yang paling popular, ‘membodohkan rakyat’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Lim dalam satu kenyataan hari ini mendakwa PAS ketandusan isu sehingga terpaksa ‘menjaja mitos perkauman murahan untuk menakut-nakutkan rakyat’ berhubung cadangan akta berkenaaan.

    “PAS perlu berhenti memperbodohkan rakyat dengan teori konspirasi dangkal. URA bukan rancangan jahat, tetapi satu usaha kerajaan memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya.

    Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyangkal dakwaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) bahawa URA umpama “Akta Merompas Rumah”.

    Nga memberi memberi jaminan akta itu menjamin hak milik asal pemilik dan tidak ada pihak yang akan merampas hartanah mereka, sekali gus menolak kebimbangan pengkritik akta itu akan meminggirkan kaum tertentu.

    "Akta ini sama ada tersurat atau tersirat tidak sama sekali akan meminggirkan atau mengancam golongan tertentu terutamanya dari aspek perbezaan kaum atau tahap pendapatan khususnya kumpulan B40 dan M40.

    "Tiada sebarang unsur paksaan atau isu gentrifikasi dalam penggubalan akta ini kerana mekanisme penting pelaksanaan PSB (URA) ialah mendapatkan persetujuan pemilik hartanah melalui perundingan dan bukan pengambilan secara paksa," kata Nga.

    Menerusi undang-undang berkenan, kerajaan mencadangkan ambang persetujuan untuk sesuatu kawasan dibangunkan diturunkan kepada 80 peratus bagi bangunan berusia bawah 30 tahun, 75 peratus bagi bangunan berusia lebih 30 tahun, dan 51 peratus bagi hartanah tidak selamat atau terbiar.

    Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyifatkan URA sebagai taktik halus untuk mengusir orang Melayu dan India miskin dari kawasan bandar.

    MENARIK:  Hamas: ‘Pendekatan boleh diterima’ dalam gencatan senjata di Gaza

    Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan bahawa undang-undang sedia ada sudah memadai bagi tujuan pembangunan.

    Tindas minoriti

    Ahmad Fadhli berkata akta berkenaan membolehkan kerajaan dan pemaju mengambil tanah dan rumah rakyat walaupun pemilik asal tidak bersetuju sepenuhnya.

    "Persetujuan 75 peratus pemilik unit dalam sesebuah bangunan sudah mencukupi untuk membolehkan pengambilan tanah berlaku.

    "Apa terjadi kepada 25 peratus yang tidak bersetuju? Dipaksa mengalah.

    "Persoalannya, sejak bila prinsip demokrasi membenarkan suara majoriti menindas hak minoriti? Sejak bila kerajaan boleh memaksa pemilik melepaskan rumah mereka tanpa persetujuan mutlak? Oh, tapi jangan risau – semuanya atas nama "kemajuan"," soal ahli parlimen Pasir Mas itu.

    Pemimpin PAS itu turut mempersoalkan mengapa isu pengambilan balik tanah ini tidak dilaksanakan melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di bawah Kementerian Sumber Asli.

    "Mengapa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang hanya melibatkan pemaju dan pengambil alihan tanah diberikan kuasa sebegitu besar dalam urusan ini?

    "Seolah-olah, tujuan sebenar bukanlah pembangunan demi rakyat, tetapi lebih kepada memberi kelebihan kepada pemaju untuk mengambil alih tanah dengan lebih mudah.

    "Jika benar akta ini demi kesejahteraan rakyat, mengapa rakyat perlu dipaksa untuk menyerahkan rumah mereka?

    “Kenapa pemaju dan syarikat besar yang sentiasa mendapat manfaat terbesar dalam skim pembangunan semula seperti ini?’ soalnya.

    Ahmad Fadhli juga mengajak semua pihak melihat sejarah dengan meneliti bBerapa banyak projek "pembangunan semula" sebelum ini yang benar-benar menguntungkan pemilik asal.

    “Lihatlah kes Kampung Baru di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan kawasan perkampungan Melayu lain yang akhirnya ditukar menjadi projek mewah yang tidak lagi mampu dibeli oleh penduduk asal.

    “Jika rakyat terlalu miskin untuk membeli semula unit-unit baru yang "dijanjikan" kepada mereka, siapa yang akhirnya akan menguasai kawasan itu?

    “Jawapannya mudah – pemaju dan mereka yang berkemampuan tinggi, yang kebiasaannya bukan dalam kalangan penduduk asal. Tetapi jangan risau, semua ini hanyalah ‘teori konspirasi’ menurut mereka yang mahu mempertahankan akta ini,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah