25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Parallel pathway: Kabinet bincang Rabu depan – PM

    Shopee Sale

    Isu mengenai program pasca siswazah pembezahan kardiotoraks di Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dibincangkan pada mesyuarat kabinet Rabu depan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Kami akan membincangkan perkara ini pada hari Rabu semasa mesyuarat kabinet,” kata Anwar ringkas pada sidang akhbar selepas menghadiri Pameran Era Pascanormal Madanidi Berjaya Times Square, Kuala Lumpur hari ini.

    Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada kabinet telah membuat keputusan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

    UiTM ialah satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks, yang merangkumi pembezahan dan penjagaan penyakit jantung dan paru-paru.

    Pada 25 April, portal kesihatan Codeblue melaporkan ahli lembaga program pascasiswazah pembezahan kardiotoraks UiTM-IJN, Raja Amin Raja Mokhtar berkata universiti itu bersetuju membuka kursus itu kepada bukan bumiputera.

    Pun begitu, Menteri Pengajian Tinggi, Zambry Abdul Kadir berkata belum ada perbincangan mengenai kebenaran kemasukan bukan bumiputera dalam program berkenaan.

    Pelajar UiTM kemudiannya membantah kemasukan pelajar bukan bumiputera dalam program berkenaan, yang disokong oleh ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

    Isu ini timbul selepas empat graduan yang memperoleh kelayakan Fellowship of the Royal Colleges of Surgeons Edinburgh (FRSC Ed) untuk pembezahan kardiotoraks diberitahu bahawa mereka tidak boleh mendaftar sebagai pakar dan mengamalkan kepakaran tersebut di negara ini.

    MENARIK:  13 ketua cabang PKR di Kelantan sokong Nurul Izzah tanding timbalan presiden

    Ini kerana Majlis Perubatan Malaysia tidak mengiktiraf kelayakan tersebut.

    Persatuan Perubatan Malaysia sebelum ini berkata UiTM perlu membenarkan kemasukan bukan bumiputera yang ingin menjalani latihan khusus dalam bidang kardiotoraks, memandangkan pelajar antarabangsa boleh diterima untuk program berkenaan.

    Naib Canselor UiTM, Shahrin Sahib berkata universiti itu komited mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera.

    Bagaimanapun, UiTM memaklumkan universiti itu akan menerima apa sahaja keputusan kerajaan dengan restu Yang di-Pertuan Agong.

    Malaysia kini menghadapi kekurangan pakar perubatan termasuk pakar bezah kardiotoraks.

    Tiga pusat Kementerian Kesihatan di Kota Bharu, Kuantan, dan Kota Kinabalu masing-masing hanya mempunyai seorang pakar bezah kardiotoraks.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah