26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Papan tanda tiga bahasa tak pernah jadi isu sejak 2019’

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong meminta Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari tidak bersikap dwistandard berhubung isu papan tanda di pasar basah Ayer Tawar, Teluk Intan, Perak.

    Ini selepas Ahmad Fadhli menimbulkan isu mengenai papan tanda di pasar berkenaan yang mengandungi bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

    "Pasar Besar Teluk Intan telah mempunyai papan tanda tiga bahasa sejak tahun 2019 dan tidak pernah ada isu biarpun pasar tersebut selalu dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat, dan pasar tersebut antara yang paling sibuk menjelang seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

    "Nasihat saya, berpolitik biarlah dengan cara betul dan murni, jangan disebabkan nak raih populariti dan dapatkan publisiti murahan dan natijahnya gadaikan kekuatan kemajmukan negara.

    "Jangan lupa bahawa anda pernah sama-sama setuju dengan prinsip kepelbagaian waktu bersama dalam Pakatan Rakyat, stop being double standard," katanya dalam kenyataan.

    Menurut Woo, cadangan meletakkan tiga bahasa pada papan tanda itu diutarakannya ketika dia memegang jawatan Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan pada tahun 2019.

    Pada masa itu, katanya, kesemua ahli majlis termasuk daripada PN bersetuju dengan cadangan itu.

    "Selepas Teluk Intan, disusuli usaha sedemikian di Ipoh dan Taiping, semuanya mengetengahkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan dirangkumi bahasa lain," kata pengerusi Kampung Baru Cina Perak itu.

    Kelmarin, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyindir Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung papan tanda dalam tiga bahasa itu.

    MENARIK:  Zahid pilih pentas Umno bagi umum organisasi di luar kerangka politik

    Dia juga mempersoalkan apakah akan menjadi polisi bagi kementerian tu meletakkan papan tanda tiga bahasa pada bangunan kerajaan.

    “Tahniah KPKT atas kejayaan pembinaan pasar awam di Ayer Tawar.

    “Cuma nak tanya satu soalan, adakah satu keperluan mendesak diletakkan tiga bahasa di dinding pasar itu?

    “Adakah selepas ini menjadi polisi KPKT meletakkan tiga bahasa di binaan rasmi kerajaan? Mohon jawapan” katanya menerusi Facebook.

    ‘Bahasa Cina di Dataran Cheng Ho di Kelantan’

    Mengulas lanjut, Woo berkata papan tanda tiga bahasa itu tidak menafikan hakikat bahawa Bahasa Malaysia kekal sebagai bahasa kebangsaan.

    Katanya, kesemua parti politik di negara ini turut menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tidak pernah mempertikaikannya.

    "Kami tidak akan mempertikaikan tindakan pihak yang meletakkan bahasa Cina di Dataran Cheng Ho, Kelantan atau mempersoalkan sama ada itu adalah polisi kerajaan atau tidak.

    "Ia lantaran kesemua kami adalah insan yang mempunyai akal budi (common sense) dan memahami negara Malaysia adalah negara majmuk dan perlunya sama-sama meraikan kepelbagaian.

    "Adalah sangat berniat jahat untuk ahli politik untuk memainkan isu sedemikian dan mencuba sedaya upaya untuk memesongkan bahawa kementerian yang ditunjangi kerajaan perpaduan adalah mengetepikan bahasa kebangsaan padahal ini adalah tidak benar sekali,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah