27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Paderi ditikam: PM Singapura seru orang ramai bertenang

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyeru orang ramai supaya kekal tenang dan bersatu padu susulan serangan pisau ke atas seorang paderi di Gereja St Joseph di Bukit Timah, pada Sabtu.

    Sambil menyatakan bahawa keganasan tidak mempunyai tempat di negara itu, beliau menggesa semua orang untuk menyokong satu sama lain dalam semangat keharmonian dan daya tahan.

    “Sangat terkejut dan sedih mendengar bahawa seorang paderi, Father Christopher Lee telah ditikam di Gereja St Joseph semasa upacara misa. Kami mendoakan agar beliau cepat sembuh.

    “Paling penting, kita mesti menegakkan keselamatan dan kesucian rumah ibadat kita – tempat orang ramai mencari kedamaian, ketenangan dan komuniti,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

    MENARIK:  Aduan salah laku perlu sahih, bukan sekadar surat layang - Saarani

    Wong yang juga menteri kewangan berkata beruntung beberapa anggota jemaah membantu melucutkan senjata penyerang sebelum suspek dapat menyebabkan lebih banyak kecederaan.

    “Ramai jemaah terkejut dengan apa yang berlaku, dan saya berharap mereka pulih daripada peristiwa traumatik ini,” tambahnya.

    Dalam kejadian itu, Lee seorang paderi di Gereja St Joseph, diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau semasa meraikan misa pada 5.30 petang.

    Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dengan rekod jenayah lampau mencederakan orang dan kesalahan berkaitan dadah kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

    Berdasarkan siasatan awal, polis percaya suspek bertindak bersendirian dan serangan itu bukan tindakan keganasan.

    Lee sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Nasional dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah