26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Suka Suami ‘Clingy’ – ‘Tak Angkat Call, Dia Cari Orang Sekeliling’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Anzalna Nasir mendedahkan sikap suaminya, Hanif Zaki yang menghubunginya hampir setiap masa.

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Gembira Kembali ke Berat Asal, Kini Cecah 45kg – ‘Seminggu Tak Sihat Hilang Selera Makan’

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Gembira Kembali ke Berat Asal, Kini Cecah 45kg – ‘Seminggu Tak Sihat Hilang Selera Makan’

    Suami suka call

    Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir berkata, Hanif akan memaklumkan kepadanya setiap kali tiba di pejabat malah turut menghubunginya ketika waktu makan tengah hari.

    Selain itu, Hanif dikatakan turut menelefonnya untuk bercerita mengenai tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

    Saya ada suami yang suka call setiap masa.

    Sampai office dia akan bagitahu dah sampai, nak lunch dia akan call, stres dekat tempat kerja pun dia call cerita, dah dalam perjalanan balik rumah pun call lagi.

    Tambah pelakon berusia 38 tahun itu, suaminya akan mencari orang di sekelilingnya sekiranya panggilan tidak dijawab.

    Dalam perjalanan pun sempat call nak bersembang dengan saya.

    Kalau saya tak angkat, dia akan call orang sekeliling saya pula.

    Rezeki dapat suami baik

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman memiliki suami yang mempunyai sikap sama seperti Hanif apabila gemar menghubungi sepanjang hari.

    MENARIK:  Fasha Sandha & Suami Berpelukan dan Bercium di Tepi Jalan Sambil Menjalani Penggambaran

    Selain itu, warganet menyifatkan Anzalna bertuah kerana dikurniakan suami yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

    Sumber: Threads @anzalnanasir88

    The post Anzalna Nasir Suka Suami ‘Clingy’ – ‘Tak Angkat Call, Dia Cari Orang Sekeliling’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah