PAS 2024 | Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyindir PAS kerana mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP.
Namun, katanya, sekurang-kurangnya parti itu pernah sampai ke tahap ‘mengangkat bendera DAP’ dan berguling atas jalan raya.
"Setiap hari, PAS asyik meratib UMDAP, UMDAP, UMDAP, tetapi kita kena ingat, orang Umno belum pernah berguling atas jalan sambil pegang bendera DAP," kata Wan Rosdy dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2024 hari ini.





