25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Orang Asli mohon henti aktiviti sukan kenderaan lasak di kampung mereka

    Shopee Sale

    Masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman di daerah ini memohon supaya semua aktiviti sukan lasak melibatkan kenderaan pacuan empat roda tidak menggunakan laluan utama perkampungan mereka ketika Monsun Timur Laut (MTL) ini. 

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Balar Hanan Anjang berkata ketika ini laluan ke Pos Balar mengalami banyak kerosakan seperti berlubang dan berlumpur akibat hujan.

    Beliau berkata aktiviti sukan kenderaan lasak atau mendaki gunung tidak sesuai diadakan ketika musim hujan kerana faktor keselamatan serta memburukkan lagi keadan jalan perhubungan di kawasan perkampungan Orang Asli.

    “Penduduk di beberapa pos seperti Pos Bihai, Pos Balar, Pos Belatim serta Pos Simpor dan Pos Gob membantah aktiviti yang merosakkan permukaan tanah dilakukan di kawasan tempat tinggal mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pos Balar di Gua Musang, semalam.

    MENARIK:  PANDUANKINI | Bagaimana konsert bantu sekolah Cina kumpul wang

    Sementara itu, penduduk Ahmadi Jalil Baiyor, 42, berkata jalan utama yang bertanah merah itu akan bertukar menjadi lumpur tebal jika dilalui banyak kenderaan dalam satu masa yang sama. 

    “Apabila hujan tanah menjadi lembut dan mudah rosak kerana dilalui dengan tayar kenderaan lasak yang lebih besar daripada tayar kenderaan biasa. Oleh itu, hentikanlah sebarang sukan kenderaan lasak di kawasan kami,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah