27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa'

    Shopee Sale

    Dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani berkata mereka bukan subjek dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Kertas Pandora serta Kertas Panama.

    Menerusi kenyataan bersama, Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.

    “Ia tidak berkaitan dengan sebarang pendedahan dalam Kertas Pandora dan Kertas Panama.

    “Seperti yang dinyatakan oleh (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Tan Sri Azam Baki dalam sidang media semalam, kami sedaya upaya memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM untuk memastikan penyelesaian yang positif dapat dicapai,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  PRK Mahkota: Pesta Tanglung ‘satukan’ DAP, MAC

    Terdahulu, Azam mengesahkan bahawa kedua-dua beradik sudah mengisytiharkan aset masing-masing dalam tempoh ditetapkan dan SPRM kini berhubung serta berkomunikasi dengan peguam mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan dan penjelasan membabitkan pengisytiharan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah