30.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NGO: Kenapa Rafizi tergesa-gesa bentang RUU simpan karbon?

    Shopee Sale

    Sahabat Alam Malaysia (SAM) membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan tergesa-gesa Putrajaya dalam membentangkan Rang Undang-Undang Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Parlimen, dengan menekankan kurangnya sesi konsultasi awam yang sewajarnya meskipun terdapat kebimbangan yang telah dibangkitkan.

    Mempertikaikan keghairahan kerajaan dalam meluluskan rang undang-undang ini, kumpulan alam sekitar itu mendakwa hanya satu sesi perundingan sahaja telah diadakan dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, tahun lalu.

    “(Sesi tersebut) hanya membentangkan rangka kerja yang kabur dan asas mengenai rang undang-undang tanpa perincian lanjut.

    “Keghairahan dan sikap tergesa-gesa untuk meluluskan rang undang-undang ini sama sekali tidak boleh diterima, memandangkan terdapat kebimbangan kritikal yang telah dibangkitkan berhubung risiko dan bahaya dalam pelaksanaan CCUS,” kata Presiden SAM, Meenakshi Raman (gambar bawah) pada satu kenyataan hari ini.

    Rafizi membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat semalam, dengan perbahasan dan pengundian dijangka berlangsung hari ini.

    Rang undang-undang ini dipromosikan sebagai pemangkin kepada pembangunan industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu.

    Bagaimanapun, ia hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

    MENARIK:  ‘Cabaran balu Daim terhadap Akta SPRM perlu penentuan Mahkamah Persekutuan’

    Teknologi CCUS kontroversi

    Meenakshi menegaskan kontroversi teknologi CCUS kerana pelaksanaannya membawa risiko serius dengan kesan mendalam terhadap ekonomi, kesihatan awam, alam sekitar dan sosial. Malangnya, katanya, rang undang-undang ini tidak cukup jelas dalam menangani isu-isu mendesak.

    “Rang undang-undang ini menyentuh secara ringkas tentang isu kebocoran karbon dioksida dan risikonya terhadap alam sekitar, tetapi tidak memberikan perincian mencukupi mengenai bagaimana masalah ini akan ditangani, termasuk siapa yang akan menanggung liabiliti sekiranya berlaku kemalangan,” katanya.

    SAM juga telah menyerahkan kajian mereka mengenai teknologi CCUS kepada Menteri Ekonomi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, serta Jabatan Alam Sekitar, yang mendedahkan banyak kebimbangan mengenai pelaksanaan teknologi ini.

    Meenakshi menegaskan kerajaan sepatutnya mengadakan lebih banyak perbincangan dengan pakar dan kumpulan berkepentingan sebelum tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang ini.

    Antara risiko utama teknologi CCUS yang dibangkitkan oleh SAM termasuk:

    • 1. Bahaya terhadap keselamatan awam dan alam sekitar.

    • 2. Ketidaktentuan terhadap integriti dan ketahanan karbon yang disimpan.

    • 3. Kos yang tinggi berkaitan dengan projek yang gagal atau dibatalkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah