28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Network School pindah ke Kazakhstan lepas operasi di Johor ditutup

    Shopee Sale

    Network School akan bertapak di Kazakhstan, dengan pengumuman dibuat sehari selepas organisasi itu diarahkan menghentikan operasinya di Forest City, Johor.

    Dalam satu hantaran di X hari ini, pengasasnya Balaji Srinivasan berkata mereka telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Kazakhstan untuk mendirikan kampus baharu.

    Balaji Srinivasan

    Dia berkata kampus ini akan berfungsi sebagai pusat bakat teknologi global, menawarkan pemprosesan visa yang lebih pantas, sokongan pemindahan dan pengambilan bakat.

    MENARIK:  Israel, Lubnan setuju laksana gencatan senjata

    "Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman ditandatangani antara Republik Kazakhstan dan Network School.

    "Kampus baharu kami akan menjadi tempat perlindungan bagi komuniti optimis teknologi global," katanya.

    Minggu lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi amaran kerajaan akan segera mengusir mana-mana warga Israel yang didapati berada di Malaysia susulan dakwaan Network School menempatkan warga negara itu di Forest City, Johor.

    Network School menjadi perhatian umum selepas timbul dakwaan di media sosial bahawa warga Israel yang menggunakan pasport kedua menetap di komuniti teknologi berkenaan.

    Tindakan penguatkuasaan kemudian dipertingkatkan pada 14 Julai dan semalam Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan sokongan penuh Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi membatalkan lesen perniagaan syarikat berkenaan mulai hari ini.

    Sebelum ini, Srinivasan berkata Network School telah melabur lebih RM100 juta di Malaysia dan pelaburan lanjut oleh organisasi itu serta pelabur lain ditangguhkan sementara menunggu kepastian lebih jelas daripada kerajaan.

    Dia turut menegaskan komuniti itu mematuhi undang-undang Malaysia dan menghormati kedaulatan negara.

    Susulan tindakan itu, beberapa ahli politik Amerika Syarikat (AS) menulis surat kepada Setiausaha Negara Marco Rubio supaya menyemak semula hubungan keselamatan dan ekonomi Washington dengan Malaysia serta mempertimbangkan penggantungan dana latihan ketenteraan kepada negara ini.

    Ia susulan kenyataan yang didakwa sebagai anti Yahudi Anwar sebelum ini yang mahu mengusir warganegara Israel yang ditemui di negara ini .

    "Sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang ketua kerajaan mengisytiharkan secara terbuka bahawa negaranya akan memburu dan mengusir warganegara sekutu rapat kami semata-mata berdasarkan kewarganegaraan mereka.

    “Perkara ini tidak sepatutnya ditanggung oleh pembayar cukai Amerika," kata mereka.

    Dalam surat berkenaan, mereka meminta Jabatan Negara AS menjelaskan langkah yang diambil bagi membalas kenyataan Anwar, di samping menggesa Rubio menggantung program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (Imet) sekiranya Putrajaya tidak membatalkan dasar itu dalam tempoh 15 hari.

    Sementara itu, portal berita Kazakhstan El.kz melaporkan bahawa MOU antara Network School dan Kementerian Kecerdasan Buatan dan Pembangunan Digital negara itu ditandatangani oleh Srinivasan serta timbalan perdana menteri merangkap Menteri Kecerdasan Buatan dan Pembangunan Digital Zhaslan Madiyev.

    Kampus itu akan menawarkan program pendidikan kecerdasan buatan (AI), menjalankan penyelidikan, menyokong syarikat pemula teknologi dan menganjurkan program antarabangsa untuk penyelidik.

    Laporan itu menyebut kerjasama tersebut bertujuan menarik jurutera, usahawan, penyelidik dan pelabur ke Kazakhstan di samping memperkukuh ekosistem AI negara berkenaan.

    Perjanjian lima tahun itu juga menyaksikan kedua-dua pihak menganjurkan persidangan antarabangsa, forum dan 'hackathon', serta meneroka kemungkinan menjadi tuan rumah Persidangan Network State di Kazakhstan pada 2026.

    Dalam satu hantaran di Instagram, Kementerian Pembangunan Digital, Inovasi dan Industri Angkasa Lepas Kazakhstan berkata kerjasama itu turut memberi tumpuan kepada penyelidikan bersama, pendidikan AI serta menarik syarikat teknologi dan pelaburan asing.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah