28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Amin Puji Jojo Ghazali, Seru Angkat ‘Influencer’ Beri Contoh Positif – ‘Jiwa Atlet Tak Perlu Konten Pelik Untuk Naikkan Nama’

    Shopee Sale

    Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memuji tindakan Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali yang menolak tawaran berunsurkan publisiti murahan.

    Artikel Berkaitan: PU Amin Tegur Lelaki Berpenampilan Wanita Ketika Berniaga – ‘Jualan Boleh Jadi Tak Berkat’

    Artikel Berkaitan: Johan Ghazali Dedah ‘Screenshot’, Tolak Tawaran ‘Marketing’ Sampah – ‘Tak Kisah Kau Bagi RM100 Juta ..’

    Tindakan yang bijak

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, PU Amin menyifatkan Jojo atau nama sebenarnya Johan Ghazali sebagai individu yang membina nama menerusi bakatnya.

    Menurutnya, Jojo tidak memerlukan konten murahan semata-mata untuk meraih perhatian atau dikenali ramai.

    Elok la Jojo dedahkan tentang marketing kotor macam itu.

    Jiwa atlet dia tak perlu konten pelik untuk naikkan nama, nak dikenali hanya daripada performance saja.

    Selain itu, PU Amin berharap agar orang ramai lebih bijak dalam memilih individu untuk dijadikan pempengaruh yang mampu membawa manfaat menerusi setiap perkara yang dilakukan.

    Bukan buat drama semata duit punya cerita, kita kena bijak untuk angkat pempengaruh, sekarang dah banyak sangat pempengaruh yang hidup semata nak viral tanpa fikir buruk baik, halal haram.

    Aku harap prinsip Jojo ini tetap wujud kat dada kita semua.  

    Imbas kembali, Jojo ditawarkan untuk berkolaborasi dalam penghasilan kandungan bersama beberapa pempengaruh lain dengan hanya berpura-pura mencetuskan drama tanpa perlu mempromosikan sebarang produk.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sebelum MV Lagu Keluar Aliff Syukri Tunjuk Yang Clean, Bila Saya Sudah Luluskan Rupanya Di Belakang Dia Edit Lain’ – Shahida

    Bagaimanapun, Jojo menyifatkan tawaran itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal serta hanya membazirkan masa orang ramai.

    Sumber: Threads @pencetusummah_amin

    The post PU Amin Puji Jojo Ghazali, Seru Angkat ‘Influencer’ Beri Contoh Positif – ‘Jiwa Atlet Tak Perlu Konten Pelik Untuk Naikkan Nama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah