25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netanyahu kata Israel tidak akan undur dari wilayah jajahan di Lubnan

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan penjajahan Israel ke atas wilayah Lubnan dan Syria, walaupun terdapat pengumuman perjanjian gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berkaitan dengan permusuhan tersebut.

    Al Jazeera melaporkan Netanyahu pada sidang akhbar Isnin berkata bahawa tentera Israel akan kekal di Lubnan, yang  ia menduduki sekitar 570 kilometer persegi (220 batu persegi) wilayah negara itu. Konflik Israel dengan kumpulan bersenjata Lubnan, Hezbollah, yang disokong oleh Iran, mengakibatkan kematian lebih 3,000 orang.

    “Kami akan kekal  di zon penampan keselamatan Lubnan selama mana yang diperlukan,” kata Netanyahu kepada wartawan.

    Benjamin Netanyahu

    Menurut butiran yang belum disahkan, Lubnan akan diliputi dalam perjanjian yang dijadualkan ditandatangani oleh Iran dan AS pada hari Jumaat, dan kenyataan Netanyahu berkemungkinan akan menambah tekanan kepada perjanjian gencatan senjata yang sedia rapuh.

    Perdana Menteri Pakistan Shebaz Sharif, yang mengumumkan perjanjian itu pada hari Ahad, berkata memorandum persefahaman akan merangkumi “penamatan segera dan kekal operasi ketenteraan di semua barisan hadapan, termasuk di Lubnan”.

    Israel terlibat dalam peranang dengan Hezbollah sejak Oktober 2023 dan melancarkan serbuan merentas sempadan pada Oktober 2024. Ini kemudiannya berkembang menjadi pencerobohan skala penuh ke atas Lubnan, dan Israel kini menduduki wilayah di luar Sungai Litani yang mengalir merentasi selatan Lubnan – titik penamat rasmi bagi “zon keselamatan” yang diisytiharkan oleh Israel sendiri.

    Meskipun begitu, Netanyahu berkata bahawa Israel akan terus menyasarkan “sayap keganasan Iran” dan “perlu terus bersiap sedia” menentang Iran.

    Pada Ahad lalu, Israel melancarkan serangan ke pinggir bandar Beirut, yang membunuh tiga orang – serangan yang dilihat sebagai melangkaui salah satu garisan merah Iran berhubung perjanjian dengan AS.

    MENARIK:  Trump tutup DOJ yang kendalikan kes 1MDB

    Serangan itu dilaporkan menimbulkan kemarahan Presiden AS Donald Trump, yang bimbang ini boleh mengganggu kemajuan ke arah gencatan senjata tersebut. Namun di sebalik ancaman tindak balas oleh Tehran, memorandum persefahaman yang dikaitkan dengan perjanjian itu ditandatangani pada malam Ahad.

    Al Jazeera juga melaporkan Netanyahu bertelingkah dengan Trump di sebalik pintu tertutup. Memetik media tempatan, ia melaporkan perdana menteri Israel itu berdepan kritikan daripada pembangkang dan sayap kanan negara itu kerana gagal menghalang perjanjian AS-Iran.

    Rakyat Israel yang berhaluan keras bimbang bahawa penamatan peranang dengan Iran akan memaksa penamatan pencerobohan negara itu ke atas Lubnan, Syria, dan Gaza. Mereka menduduki sekitar 1,000 kilometer persegi (386 batu persegi) wilayah di negara-negara berkenaan.

    Semasa sidang akhbar itu, Netanyahu berkata dia tidak sentiasa “sependapat” dengan Trump dan mendakwa bahawa peranang Israel dengan Iran merupakan kemenangan keseluruhan bagi negara itu.

    “Banyak kali kami sependapat, dan ada juga kes yang kami kurang sependapat. Saya bertanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan Israel. Saya mempertahankannya,” katanya, menurut laporan The Jerusalem Post.

    “Iran tidak akan mempunyai senjata nuklear, tidak hari ini dan tidak esok... Kami memenggal kepala pemimpin rejim keganasan, kami menghancurkan kilang keganasan.”

    Israel Katz

    Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berikrar pada awal Isnin bahawa Israel tidak akan berundur dari wilayah yang telah dijajahnya sejak 2023.

    “Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan saya sedang meneruskan dasar yang jelas untuk mengekalkan tentera Israel di zon keselamatan di Lubnan, Syria dan Gaza, tanpa menetapkan had masa, demi melindungi sempadan dan bandar Israel daripada unsur jihad,” katanya. 

    “Kami menentang pengunduran tentera Israel dari Lubnan, di sebalik semua tekanan semasa dan masa hadapan.”

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah