Usahawan Haliza Maysuri berkongsi beberapa tips yang diamalkannya bagi memastikan pembantu rumah sentiasa memberikan kerjasama yang baik serta berkhidmat dalam tempoh yang lama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Rai Hari Jadi Kucing ‘Money’, Siap Tempah Kek Khas – ‘Dia Berharga Dalam Hidup Kami’
Artikel Berkaitan: ’Kadang Yang Berani, Terlihat Kurang Manis’ – Haliza Maysuri Bersuara Soal Adat Bertunang
Layan macam keluarga sendiri
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Haliza memaklumkan bahawa pembantu rumahnya telah berkhidmat bersamanya selama lebih 20 tahun.
Menurut Haliza, dia menganggap pembantu rumah sebagai sebahagian daripada keluarganya dengan memberi layanan yang sama termasuk dari segi penyediaan makanan.
Pembantu rumah saya ada yang berkhidmat lebih 24 tahun, 10 tahun, dan paling singkat pun 3 tahun.
Rahsianya mudah. Saya anggap mereka seperti keluarga sendiri. Apa yang kami makan, itulah yang mereka makan.
Tambah Haliza, layanan yang baik terhadap setiap individu tanpa mengira latar belakang sering menjadi kunci kepada kelancaran dan kemudahan dalam pelbagai urusan.
Bila kita memanusiakan manusia, Insya-Allah Allah akan memuliakan dan mempermudahkan urusan kita.
Sumber: Threads @halizamaysuri
The post Haliza Maysuri Kongsi Cara Layan Pembantu Rumah Hingga Setia Lebih 24 Tahun – ‘Anggap Seperti Keluarga Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.





