25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Namewee dibebas 13 hari sementara tunggu laporan bedah siasat

    Shopee Sale

    Penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

    Dalam satu kenyataan hari ini, ketua polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata pemuzik itu akan diikat jamin polis selama 13 hari.

    "Untuk makluman setelah kertas siasatan dirujuk ke pejabat pendakwa raya hari ini 13 Nov 2025, Namewee akan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini hingga 26 Nov 2025 sementara menunggu laporan bezah siasat si mati diperolehi.

    MENARIK:  196 polis mengundi awal di IPD Kinabatangan esok

    “Kertas siasatan akan dirujuk semula ke pejabat pendakwa raya Kuala Lumpur setelah laporan bezah siasat diperolehi,” kata Fadil.

    Namewee merupakan individu penting dalam membantu siasatan kematian pempengaruh Taiwan Hsieh Yu-hsin, kerana dia dilaporkan orang terakhir yang dilihat bersamanya sebelum ditemui mati di dalam tab mandi bilik hotel Kuala Lumpur pada 22 Okt.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah