25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    196 polis mengundi awal di IPD Kinabatangan esok

    Shopee Sale

    Seramai 196 anggota polis akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, esok.

    Proses pengundian akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan dengan membabitkan satu saluran.

    Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca baik di sebelah pagi dan petang pada hari pengundian tersebut.

    PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar yang mewakili BN, Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (bebas).

    MENARIK:  Kebimbangan perang: Banyak negara minta warganya tinggalkan Lubnan

    Sementara itu, di DUN Lamag pertandingan satu lawan satu menyaksikan pertembungan antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

    PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah