28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nahas FRU boleh dielak jika lori patuh pemeriksan Puspakom, kata Zahid

    Shopee Sale

    Nahas maut membabitkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak boleh dielakkan jika lori yang terlibat menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) secara ketat.

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamid berkata siasatan awal mendapati lori berkenaan mengalami kerosakan yang menyebabkan sistem sterengnya tidak berfungsi dan itu adalah perkara yang tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala. 

    "Tidak seharusnya berlaku jika kenderaan itu telah melalui ujian Puspakom. Untuk itu, kita bukan hanya meletakkan tanggungjawab kepada pemandu lori tetapi tuan punya syarikat juga harus dipertanggungjawabkan," katanya.

    MENARIK:  Laporan: PM hapuskan tunggakan cukai, denda RM83 juta Utar

    Zahid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) di Putrajaya hari ini. 

    Pada 8.50 pagi tadi, sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera parah selepas trak yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah