25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nahas bas Rompin: Seorang lagi guru maut

    Shopee Sale

    Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di Rompin awal pagi semalam meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.

    Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam tadi dan memaklumkan mangsa keempat meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

    “Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.

    Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.

    Guru berkenaan merupakan mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris,29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.

    MENARIK:  Bekas pemangku pengerusi Bersih meninggal dunia

    Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

    Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah