24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nahas 6 kenderaan: Pemandu lori positif syabu

    Shopee Sale

    Pemandu lori membawa muatan pasir yang terbabit dalam kemalangan maut melibatkan lima kereta lain dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Persiaran Golf, Nilai di Seremban semalam didapati positif dadah.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai DSP Mat Ghani Lateh berkata berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

    “Lelaki berkenaan kini direman selama empat hari sehingga 1 Okt ini bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang semalam, seorang wanita berusia 31 tahun maut akibat tersepit dan empat lagi cedera manakala pemandu lori dan empat mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

    MENARIK:  Wakil PN gesa hukuman rotan diperkenalkan semula di sekolah

    Siasatan awal mendapati insiden berlaku selepas lori dipandu lelaki berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar lima kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah