28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muka ditolak isteri, presiden Perancis kata hanya bergurau

    Shopee Sale

    Presiden Perancis Emmanuel Macron menjelaskan dia dan isteri, Brigitte hanya bergurau senda, susulan tersebar rakaman video yang memaparkan wanita itu menolak muka suaminya dengan tangan.

    Kejadian itu berlaku semasa pasangan itu hendak turun daripada kapal terbang, sebaik tiba di Hanoi di Vietnam, Ahad lalu.

    Insiden itu mencetuskan tajuk utama di Perancis, di tengah mereka berdua dalam lawatan ke Asia Tenggara hujung minggu ini.

    Tajuk berita di laman web akhbar Le Parisien membangkitkan persoalan: "Tampar atau 'pertengkaran'?”

    Emmanuel Macron

    Macron kemudian memberitahu pemberita bahawa mereka hanya bergurau.

    Pasangan itu berkahwin sejak 2007 sejak perkenalan di sekolah menengah, di mana Macron adalah pelajar dan isterinya pula guru.

    "Saya hanya bertengkar atau lebih tepat bergurau dengan isteri saya. Tiada apa-apa,” katanya seperti dilaporkan AP News.

    Marcon menegaskan sejak beberapa minggu lalu, ini bukan kali pertama kandungan video yang memaparkannya 'diputar belit' oleh pihak yang disifatkannya sebagai 'orang gila'.

    MENARIK:  Hajiji sambut baik bantuan banjir RM25 juta

    Dia merujuk satu video tular yang menunjukkannya mengambil objek putih renyuk dari atas meja di dalam kereta api ketika lawatan ke Ukraine.

    Beberapa pengguna media sosial mendakwa objek itu ialah beg mengandungi kokain.

    Macron berkata objek itu sebenarnya tisu dan pejabatnya mendakwa 'musuh Perancis' telah menyebarkan berita palsu.

    Pada Isnin lalu, pejabatnya mengeluarkan kenyataan: "Ia detik presiden dan isterinya sedang bersantai buat kali terakhir sebelum lawatan dengan cara bergurau. Ia detik keakraban."

    Lawatan Macron ke Vietnam, yang merupakan kali pertama oleh seorang presiden Perancis dalam tempoh hampir sedekad, diadakan di tengah hasratnya meningkatkan pengaruh Paris di bekas tanah jajahannya itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah