32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tunggakan gaji pekerja sambilan RTM tunjuk kelemahan kerajaan – MTUC

    Shopee Sale

    Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kelewatan pembayaran gaji pekerja sambilan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menunjukkan kelemahan dalam pengurusan kewangan pihak kerajaan.

    Presidennya Mohd Effendy Abdul Ghani turut menegaskan RTM dan Kementerian Kewangan (MOF) mesti mengambil tanggungjawab penuh untuk segera menyelesaikan isu pembayaran gaji tertunggak ini bagi mengelakkan kesusahan lebih lanjut kepada pekerja terjejas.

    "Situasi ini bukan sahaja merupakan pelanggaran hak asasi pekerja, tetapi juga mencerminkan ketidakprihatinan terhadap kebajikan mereka.

    "Kelewatan pembayaran ini tidak boleh diterima dan menunjukkan kelemahan dalam pengurusan kewangan, yang boleh mengakibatkan serta menimbulkan masalah sosial dalam kalangan pekerja.

    "MTUC menyeru RTM dan pihak kerajaan agar memastikan mekanisme yang lebih kukuh diwujudkan untuk mengelakkan kejadian berulang pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Terdahulu pekerja sambilan di RTM dilaporkan tidak dibayar sejak Jun.

    Laporan itu memetik sumber yang menunjukkan bahawa terdapat lebih 700 pekerja sambilan di seluruh negara yang diambil untuk pelbagai tugas secara beransur-ansur.

    Bagaimanapun, Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman menjelaskan bahawa jumlah sebenar kakitangan tidak dibayar ialah 332 orang.

    Dia turut menjelaskan MOF sedang dalam peringkat akhir untuk meluluskan kadar bayaran khas untuk pekerja sambilan yang terjejas.

    Dalam perkembangan sama Mohd Effendy berkata pihaknya menyambut baik pengumuman RTM untuk menyelesaikan tunggakan gaji pekerja sambilan menjelang akhir bulan ini.

    MENARIK:  Malaysia pertimbang tambah bantuan kemanusiaan buat Palestin

    Namun demikian katanya, MTUC menegaskan bahawa kelewatan ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan mencerminkan kegagalan dalam pengurusan kewangan.

    "Walaupun RTM telah memberikan penjelasan mengenai jumlah pekerja yang terjejas, MTUC menekankan bahawa isu asas tetap berkenaan hak pekerja untuk menerima bayaran tepat pada masanya.

    "MTUC juga memandang serius kelewatan kelulusan MOF, yang sewajarnya lebih cekap dalam menangani perkara melibatkan kebajikan serta kesejahteraan pekerja.

    "MTUC juga ingat mengingatkan bahawa pekerja adalah aset penting yang menyumbang kepada kelangsungan operasi sesebuah organisasi, dan sebarang kelewatan dalam pembayaran gaji bukan sahaja menjejaskan moral dan motivasi pekerja tetapi juga boleh memberi kesan negatif kepada reputasi organisasi itu sendiri," katanya.

    Tambahnya MTUC turut bersedia untuk membantu mana-mana pekerja sambilan yang terlibat dan akan membawa isu ini ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan hak pekerja dilindungi dan keadilan ditegakkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah