27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP undang Tuan Ibrahim lawat sekolah Cina

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung mengundang Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man untuk melawat sekolah vernakular Cina, selepas dia menuntut semua dana pendidikan perlu disalurkan melalui Kementerian Pendidikan bagi memastikan keadilan.

    “Saya menggesa PAS berhenti mencipta lebih banyak maklumat salah dalam masyarakat kita yang pelbagai bagi mengelak memburukkan lagi perpecahan dan salah faham masyarakat.

    “Saya dengan ini secara terbuka Tuan Ibrahim untuk melawat mana-mana sekolah jenis kebangsaan Cina di negara kita.

    “Saya bersedia melakukan yang terbaik untuk menghadiri dan menerangkan kepadanya sejarah pendidikan Cina, semangat besar masyarakat Cina terhadap pendidikan dan sumbangan sekolah jenis kebangsaan Cina kepada masyarakat yang pelbagai.

    "Menggantikan salah faham dengan dialog dan jambatan, merupakan masa depan yang dijanjikan di negara kita bukannya memercikkan api (kebencian)," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Semalam, Tuan Ibrahim dilaporkan mendakwa sekolah Cina mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding sekolah kebangsaan kerana kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana kepada sekolah jenis kebangsaan itu.

    “Lihatlah kemudahan di sekolah jenis kebangsaan Cina berbanding dengan banyak sekolah uzur di kawasan luar bandar.

    "Peruntukan harus diberikan secara per kapita. Tidak adil bagi sebuah sekolah dengan beberapa pelajar menerima peruntukan besar dan sebaliknya," kata Tuan Ibrahim.


    BACA BERKAITAN:

    Ada apa dengan sekolah Cina?

    PANDUANKINI | Bagaimana konsert bantu sekolah Cina kumpul wang


    Dakwa timbalan presiden PAS itu, sekiranya semua pembiayaan pendidikan diagihkan melalui kementerian, maka sekolah kebangsaan yang usang akan mendapat perhatian sewajarnya.

    Tuan Ibrahim dilaporkan menjawab kenyataan tokoh pendidikan Cina Kua Kia Soong, yang mengulas mengenai kontroversi baru-baru ini mengenai penglibatan Tiger Beer pada acara kutipan dana sekolah di Sepang, Selangor.

    Kua berkata walaupun dia tidak setuju penglibatan syarikat bir dalam acara kutipan dana seperti itu, sekolah vernakular Cina dan Tamil terpaksa berbuat demikian kerana peruntukan yang tidak sama rata daripada kerajaan.

    “Adakah sekolah ‘kebangsaan’ perlu mengumpul dana seperti sekolah Cina dan Tamil? Anda tahu mereka tidak perlu berbuat demikian.

    “Oleh itu, PAS perlu membuat manifesto mereka untuk memastikan sekolah Cina dan Tamil diberikan peruntukan kewangan yang adil dan seimbang oleh kerajaan dan tidak perlu bergantung kepada syarikat bir untuk mendapatkan dana,” katanya.

    MENARIK:  Najib berseloroh, saya kini boleh ajar undang-undang

    Sementara itu, Lee berkata walaupun terdapat tanggapan sekolah Cina kelihatan lebih lengkap namun ia tidak semestinya begitu.

    Memetik sekolahnya dahulu sebagai contoh, Lee berkata SJK(C) Pei Chai pernah mengadakan perhimpunan di kawasan tidak berturap. Setiap kali angin bertiup, ia kelihatan seperti adegan dari filem dan semua orang akan diselaputi debu.

    Dakwaan tak berasas

    “Namun, melalui kutipan, pengumpulan dana, pembaikan dan pembinaan secara beransur-ansur selama bertahun-tahun, hari ini almamater saya, SJK(C) Pei Chai di Kuantan, merupakan sekolah rendah Cina terbesar di Pantai Timur, dengan kemudahan yang agak baik.

    “Ini berkaitan dengan dedikasi masyarakat Cina terhadap pendidikan, kejayaan pengurusan sekolah berasaskan komuniti, kerjasama erat lembaga pengarah, persatuan ibu bapa dan guru, serta persatuan alumni, di samping penggemblengan sumber daripada orang ramai selama beberapa dekad.

    “Malah dalam masyarakat Cina, sejarah pendidikan Cina tidak dapat dijelaskan sepenuhnya dalam beberapa perkataan,” katanya.

    Dalam kenyataan berasingan, Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man mengecam dakwaan Tuan Ibrahim sebagai "semata-mata tidak benar".

    "Dakwaannya bukan sahaja tidak berasas tetapi juga percubaan terang-terangan untuk mempolitikkan perkara yang sepatutnya di atas kepentingan kepartian," katanya.

    Bertentangan dengan dakwaan Tuan Ibrahim, Chiew berkata kerajaan menyediakan pembiayaan yang saksama kepada semua sekolah kebangsaan tanpa mengira klasifikasi mereka.

    “Bagi sekolah jenis kebangsaan, termasuk sekolah Cina dan mubaligh, kerajaan memang menyediakan tahap pembiayaan penyelenggaraan tertentu.

    “Bagaimanapun, selebihnya sumber untuk sekolah-sekolah ini datang daripada derma awam dan sokongan masyarakat – satu amalan yang mantap yang membolehkan sekolah vernakular berkembang maju dan memenuhi keperluan pendidikan yang pelbagai negara kita,” tambahnya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah