30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP PKR gesa kerajaan henti haram buku, hormati prinsip Madani

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim agar menghentikan tindakan mengharamkan buku dan sebaliknya memupuk budaya berfikir serta berbahas dalam kalangan rakyat.

    Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai usaha sia-sia pada zaman maklumat dihujung jari, wakil rakyat PKR itu berkata, tindakan tersebut bertentangan dengan halatuju kerajaan Madani

    "Anda boleh mengharamkan sesebuah buku, tetapi gagal mengharamkan sesuatu idea.

    “Sebaliknya, pengharaman buku akan dipertikai, malah dianggap sebagai cubaan untuk memperbodohkan rakyat.

    "Saya menggesa agar perdana menteri memandang serius perkembangan ini, kerana ia bercanggah dengan prinsip yang kita dukung untuk sekian lama," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

    Ia susulan tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan satu lagi penerbitan mengenai pemimpin komunis, kali ini melibatkan buku berkaitan Mao Zedong yang diterbitkan dengan dana daripada kerajaan negeri Selangor.

    Menurut warta kerajaan persekutuan, buku bertajuk “Mao Zedong: China dalam Dunia Abad ke-20” diharamkan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang memberi menteri dalam negeri “budi bicara mutlak” untuk melarang sebarang “penerbitan tidak diingini”.

    Pengharaman itu berkuat kuasa dari tarikh warta iaitu pada 13 Februari. Buku asal, bertajuk “Mao Zedong and China in the Twentieth-Century World”, ditulis oleh profesor sejarah Universiti New York Rebecca E Karl.

    Ia memfokuskan kepada catatan sejarah mengenai kehidupan dan pemikiran bekas pemimpin Parti Komunis China itu, menurut huraian oleh Duke University Press.

    MENARIK:  Wan Saiful tak perlu kosongkan kerusi, dia bukan lompat parti - Ketua Bersatu Pahang

    Versi terjemahan diterbitkan pada 2020 oleh IBDE Ilham Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang menerima geran daripada kerajaan negeri Selangor.

    Tan turut mempersoalkan bagaimana Anwar akan berdepan dengan media asing sebagai tokoh politik yang pernah bersyarah di universiti antarabangsa, namun memberi laluan kepada pengharaman buku berhaluan kiri di bawah pentadbirannya.

    Dia memberi amaran bahawa sekiranya alasan pengharaman buku kerana "menormalisasi fahaman komunisme" diterima, ia boleh memberi kesan kepada ahli akademik.

    "Andainya alasan pengharaman buku-buku di atas dinormalisasikan, maka pensyarah universiti yang memperkenalkan teori Komunisme juga berisiko untuk dituduh menyebar dan mengagung-agungkan komunisme," katanya.

    Minggu lalu, KDN turut mengharamkan dua karya terbitan Gerak Budaya iaitu Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10 dan Komrad Asi (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah atas dakwaan mempromosikan fahaman komunisme.

    Mengulas lanjut, Tan turut meminta Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengkaji semula tindakan kementeriannya itu.

    Katanya, bahawa kerajaan yang berpandangan jauh sepatutnya menghargai inisiatif penterjemahan karya penting dunia bagi mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bukannya membiarkan rakyat menjadi "katak bawah tempurung"

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah