29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Dulu Saya Menangis, Sekarang Block Supaya Tak Ada Vibe Negatif’ – Ozlynn

    Shopee Sale

    Pelakon, Ozlynn Wati tampil berkongsi pendekatannya dalam menangani kata-kata negatif dari netizen dengan memilih untuk tidak terlalu memikirkan pandangan orang lain.

    Artikel Berkaitan: Ozlynn Waty Pesan Pilih Suami Pandai Ilmu Agama & Berakhlak – ‘Kaya Bonus, Kawin Bukan Perkara Remeh’

    Artikel Berkaitan: Ozlynn Dedah Pernah Terima Nafkah RM1 Dari Johan – ‘Aku Menangis Cara Dia Rendahkan Maruah’

    Berdiam diri

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna mempersoalkan bagaimana golongan selebriti berdepan komen negatif daripada netizen.

    Artis-artis di Malaysia ini macam mana handle netizen dengan komen-komen yang teruk daripada haters?

    Sabar betul korang, memang respect.

    Kadang-kadang aku baca komen haters pun rasa menyirap, apatah lagi tuan badan.

    Tapi korang boleh je bersabar dan diam, tak balas.

    Netizen Malaysia ni memang dasyat, sampai Israel pun boleh koyak.

    Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 45, yang mengakui bahawa suatu ketika dahulu dia akan menangis dengan segala kecaman yang dilemparkan.

    Namun, kini sedar bahawa dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak, justeru memilih untuk berdiam diri sahaja.

    Kalau dulu saya menangis, tapi makin lama kita belajar sesuatu, kita tak boleh puaskan hati semua orang, dan kita juga tak mampu menutup mulut orang yang mahu memfitnah.

    Pesanan jangan berbalah

    Dalam pada itu, Ozlynn turut mengambil langkah menapis ruang peribadi di akaun media sosialnya dengan menyekat individu berkenaan.

    Kalau di page saya, saya pilih untuk block supaya tak ada vibe negatif.

    Tapi kalau di page orang lain, saya tak nak baca.

    Saya serahkan semuanya kepada Allah.

    Dalam masa sama, dia turut menitipkan pesanan agar tidak terlibat dalam sebarang perbalahan, sebaliknya sentiasa mendoakan perkara yang baik.

    Saya selalu pesan kepada keluarga dan peminat supaya jangan berbalah.

    Doakan yang baik-baik, insyaAllah yang datang kepada kita juga yang baik-baik.

    Ujar Ozlynn lagi, pendekatan tersebut menjadikan dirinya kini lebih tenang dan dia juga enggan melihat orang lain berbalah.

    Sekarang saya lebih tenang.

    Saya tak suka orang bergaduh sebab kita, saya cuma nak semua gembira.

    Kita tak tahu siapa yang Allah akan ambil dulu, jadi jangan sampai menyesal kerana tak sempat meminta maaf.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Belajar Tinggi Mana Pun Tetap Kena Masuk Dapur’

    The post ‘Kalau Dulu Saya Menangis, Sekarang Block Supaya Tak Ada Vibe Negatif’ – Ozlynn first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah