30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yang di-Pertuan Besar rasmi dewan esok, tapi Undang tak diundang?

    Shopee Sale

    Persiapan majlis perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 esok berjalan lancar, yang akan menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Mohd Zafir Ibrahim berkata Tuanku Muhriz dijadual menyampaikan titah diraja bersempena dengan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat pada 10 pagi.

    “Majlis perasmian dan persidangan DUN berjalan seperti biasa,” katanya kepada pemberita di Seremban, di tengah-tengah konflik kedudukan Tuanku Muhriz yang dipecat oleh undang negeri.


    Baca: Krisis takhta Negeri Sembilan: Undang pecat Yang di-Pertuan Besar


    Bernama melaporkan, selepas perasmian, sidang DUN bersambung pada 27 hingga 29 April ini.

    Sebelum perasmian, Tuanku Muhriz dijadualkan menerima tabik hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormatan yang akan diketuai oleh tiga pegawai serta 103 anggota Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

    Undang Yang Berempat

    Lazimnya, majlis turut dihadiri Tunku Besar Tampin dan Undang Yang Empat.

    Namun susulan kemelut yang melanda, kehadiran mereka mencetuskan tanda tanya.

    Sebelum ini, Menteri Besar Aminuddin Harun menolak tindakan Mubarak Dohak membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz di Balai Undang Luak Sungai Ujong.

    Aminuddin berkata Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

    MENARIK:  Senarai 'cai': Tiada aduan rasmi terhadap Rafizi, kata Biro Aduan PKR

    Kemelut terbaru itu mencetuskan perhatian awam meluas. 

    Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Rais Yatim berpandangan tindakan Undang Yang Empat menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai sah.

    Istana Negeri Sembilan

    Namun jelasnya, undang harus menyediakan laporan lengkap dan menyenaraikan kesalahan Tuanku Muhriz dan setelah itu  dicop mohor atas kertas dan ditandatangani menteri besar sebagai saksi.

    Bagaimanapun, Rais yang juga merupakan pengkaji adat perpatih menyarankan agar krisis berkenaan diselesaikan secara lunak untuk tidak mencemarkan adat dan nama mana-mana pihak.

    Mubarak tak diundang?

    Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Mubarak yang dipecat daripada jawatannya, difahamkan tidak menerima undangan bagi majlis esok.

    Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong, Ahmad Hanafi Ruzlan berkata, kebiasaannya surat jemputan rasmi terbabit akan diterima seminggu sebelum majlis, tetapi kali ini tiada.

    "Undang Luak Sungei Ujong tidak dapat surat jemputan bagi menghadiri istiadat pembukaan DUN esok dan setakat yang saya tahu, undang Luak Jelebu terima surat jemputan, tapi undang lain saya tidak pasti.

    "Kebiasaannya seminggu sebelum majlis surat itu akan dihantar secara serahan tangan oleh kakitangan dari Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan kepada pejabat kami, tapi kali ini tiada," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah