26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Modi telefon Anwar, bincang kukuh hubungan Malaysia-India

    Shopee Sale

    Malaysia dan India berhasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata hasrat itu dizahirkan menerusi panggilan telefon yang diterima malam tadi daripada rakan sejawatnya Perdana Menteri India Narendra Modi bagi membincangkan usaha berkenaan.

    "India kekal sebagai rakan penting Malaysia di lapangan perdagangan dan pelaburan selain kerjasama erat dalam sektor teknologi, pendidikan serta keselamatan serantau," katanya menerusi hantaran di laman sosial X hari ini.

    Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perbincangan bersama Modi turut menyentuh mengenai penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini.

    MENARIK:  Air pasang besar di Klang terkawal, tiada pemindahan penduduk

    Beliau berkata Modi akan menghadiri sidang kemuncak itu secara atas talian memandangkan perayaan Deepavali yang masih diraikan di India pada ketika itu.

    "Saya menghormati keputusan tersebut dan menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada beliau serta seluruh rakyat India.

    "Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan Malaysia-India dan meningkatkan lagi kerjasama ASEAN-India ke arah rantau yang lebih aman dan makmur," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah