26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Miliki senjata api tiruan: Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah

    Shopee Sale

    Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan memiliki senjata api tiruan.

    Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Jenayah hari ini, Yusoff mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

    "Jadi, hari ni pertuduhan dibacakan, Yusoff mengaku tidak bersalah dan menyatakan ingin dibicarakan.

    "Mahkamah juga telah memindahkan kes itu Mahkamah Tinggi," katanya kepada media di perkarangan mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

    Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur, pada 9.25 pagi, 6 September lalu.

    MENARIK:  Pinda akta Komunikasi: Pembangkang desak undi belah bahagi

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Yusoff juga berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Mengulas lanjut, Muhammad Rafique berkata kedua-dua pertuduhan itu akan dibicarakan sekali seperti dimohon timbalan pendakwa raya (DPP).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah