31.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MIC: Batal pengecualian cukai untuk dana 'mudarat' kepada sekolah

    Shopee Sale

    MIC menggesa kerajaan membatalkan insentif pengecualian cukai terhadap sumbangan daripada sektor 'mudarat', termasuk syarikat arak, kepada sekolah-sekolah.

    Gesaan itu dibuat susulan kontroversi penglibatan jenama bir Tiger dalam kutipan dana sebuah sekolah Cina di Sepang, awal minggu lalu.

    Ketua Penerangan MIC R Thinalan berkata sumbangan sumbangan langsung syarikat judi, rokok dan minuman keras kepada institusi pendidikan wajib dibendung sama sekali.

    Katanya, ia hanya dibuat demi publisiti. 

    "Amalan syarikat-syarikat berkenaan menyalurkan sumbangan kepada institusi pendidikan seperti sekolah adalah tidak sihat sama sekali memandangkan sekolah adalah tempat menjana akhlak positif dan nilai-nilai murni di kalangan anak-anak kita,” katanya.

    Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menolak pengecualian untuk pematuhan garis panduan yang melarang sekolah menerima dana yang dijana daripada penjualan produk tembakau dan arak.

    Pekeliling itu berkuat kuasa pada Mac 2018 ketika era kerajaan BN. Sekolah Cina telah pun menerima pembiayaan daripada pelbagai sumber, termasuk kilang bir, selama beberapa dekad.

    MENARIK:  Lawatan luar negara: PM bersilat nak lepas perangkap sendiri - Muhyiddin

    Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Thinalan berkata kerajaan dapat menentukan pengagihan sumbangan jika ia disalurkan melalui kerajaan.

    Sementara itu, dia juga menolak alasan bahawa sumbangan langsung syarikat minuman keras sudah menjadi amalan sejak berpuluh tahun sebagai “lapuk”. 

    “Kami mengingatkan semua pihak bahawa tidak perlu menuding jari mengatakan isu berkenaan berlarutan sejak zaman pemerintahan kerajaan terdahulu, kerana yang salah itu memang salah, tidak akan menjadi betul dengan diulangi," katanya.

    Baca: Ada apa dengan sekolah Cina?

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah