31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Memang ada ‘sakau’ dalam Tabung Haji

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa memang berlaku perbuatan “sakau” dalam Lembaga Tabung Haji (TH), susulan kehilangan dana berbilion ringgit yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi berkenaan.

    Menteri Kewangan itu berkata istilah “sakau” tidak sepatutnya dielakkan atau dipersoalkan, sekiranya fakta menunjukkan berlakunya kehilangan wang dalam institusi yang diamanahkan untuk mengurus simpanan umat Islam itu.

    “Ada orang tidak suka istilah sakau. Saya nak ulang di Melaka ini memang ada sakau dalam Tabung Haji.

    MENARIK:  ULASAN | Apa tindak balas kita terhadap gangguan perdagangan global?

    "RM12 bilion hilang, bukan sakau? Memang ada sakau,” kata beliau ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026, di Melaka hari ini.

    Anwar berkata tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab perlu diambil tanpa mengira kedudukan atau latar belakang politik, kerana kesan daripada perbuatan segelintir individu akhirnya terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat.

    “Yang menyakau itu sesetengah sahaja, tetapi yang terpaksa bayar dan tanggung, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah